Artikel-Artikel Terbaru

Buat masa ini, artikel-artikel terbaru boleh diakses di
http://www.englishbagus.wordpress.com

Leave a comment »

Selamat Kembali Ke Sekolah!

Kami mengucapkan selamat berjaya kepada semua yang memulakan sesi persekolahan bagi tahun 2010 ini. Kepada guru-guru, murid-murid dan pelajar-pelajar pra-sekolah, tadika, taska, sekolah rendah dan menengah – Anda adalah permata!

All the best!

Leave a comment »

Menyediakan ‘Menu Sihat’

Apakah dia menu sihat?

Menyediakan semua jenis zat makanan yang diperlukan oleh seseorang bagi meningkat dan mengekalkan kesihatan mengikut keperluan pemakanan individu tersebut.

Bagaimana kita menyediakan menu sihat?

(a) Rancang menu kita.
(b) Memasak makanan yang sihat.
(c) Ubah suai resepi kita.

Bagaimana kita merancang menu?

(a) Pelbagaikan jenis bahan makanan yang mengandungi karbohidrat, protein dan lemak.
(b) Gunakan kombinasi masakan mengandungi protein haiwan (ikan, daging atau ayam-itik) dan protein tumbuhan (kekacang).
(c) Gunakan kombinasi bahan makanan yang pelbagai warna seperti lobak merah (oren), bayam (hijau) dan labu manis (kuning).

Bagaimana kita memasak dengan sihat?

(a) Gunakan daging tanpa lemak. Buang lemak yang melekat pada daging dan ayam.
(b) Gunakan kuali tidak melekat atau ketuhar gelombang mikro.
(c) Rebus, kukus atau bakar makanan, dan kurangkan menggoreng.
(d) Tambah sedikit sahaja garam dalam masakan. Kurangkan penggunaan bahan-bahan perencah yang bergaram seperti sos tomato, kicap dan sos tiram.
(e) Elakkan menggoreng semula sebarang makanan.
(f) Gunakan tisu tebal untuk menyerap lebihan minyak/lemak selepas digoreng.
(g) Buang lebihan minyak dalam masakan berkuah seperti sup dan kari.
(h) Lebihkan sayur-sayuran dalam masakan.

Bagaimana kita mengubah suai resepi?

(a) Minimumkan penggunaan minyak dalam masakan.
(b) Gantikan santan kelapa dengan susu rendah lemak atau santan cair.
(c) Gunakan bahan-bahan perencah semulajadi seperti bawang merah, daun saderi, kayu manis dan daun limau purut untuk menambahkan perisa makanan.
(d) Jangan tambahkan gula dalam jus buah-buahan.

********************

Disalin dari : Infosihat / Portal MyHEALTH

Leave a comment »

Bengkel “English Bagus!” Di Utara

 

Tarikh :
31 Oktober 2009 (Sabtu)

Lokasi :
Safira Country Club
Bandar Seberang Jaya, Pulau Pinang

Masa :
9:00 pagi – 4:30 petang

Yuran Penyertaan :
*RM60.00 seorang
(termasuk minum pagi & makan tengahari)
*Yuran bagi lokasi luar P.Pinang adalah berbeza

TARIKH BENGKEL BERIKUTNYA :
14 NOVEMBER 2009 (ALOR SETAR)

********************

TEMPAT TERHAD!
Tarikh tutup penyertaan :
26 Oktober 2009

********************

Info Lanjut :
Klik Sini

Leave a comment »

Bahasa Inggeris Untuk Anak-Anak

Mengajar anak-anak untuk berbahasa Inggeris amat mencabar. Kadang-kadang kita mahu anak-anak pandai berbahasa Inggeris sehingga memaksa mereka menyukainya. Mungkin kita lupa kata pepatah, “tak kenal maka tak cinta”.

Untuk menyukai dan mencintai Bahasa Inggeris, anak-anak perlu mengenalinya dahulu. Apatah lagi jika ia adalah bahasa asing yang tidak pernah ibu bapa gunakan di rumah.

Proses mengenali Bahasa Inggeris pula boleh dibuat secara berperingkat-peringkat, mungkin tanpa sedar. Jika ibu bapa kerap menyuruh anak-anak berbahasa Inggeris, anak-anak mungkin akan menganggap ia suatu beban. Jika terus dipaksa, keseronokan untuk mempelajarinya akan hilang. Malah tidak mustahil, anak-anak akan mula membenci Bahasa Inggeris pula.

Di antara usaha yang boleh dibuat ialah :

(a) Menggalakkan anak-anak menonton kartun dan animasi berbahasa Inggeris. Kurangkan menonton kartun-kartun yang dialihbahasa.

(b) Hadiahkan buku, VCD atau CD berbahasa Inggeris ketika sambutan hari lahir. Lebih elok jika ianya berasaskan pendidikan. Sebagai contoh, hadiahkan Dora the Explorer, Go Diego Go, Barney & Friends, Sesame Street dan sebagainya, bukan Ultraman, Power Rangers atau Crayon Shin-Chan.

(c) Menonton VCD atau mendengar lagu-lagu Inggeris bersama anak-anak. Dengan menonton bersama mereka, kita boleh menggalakkan mereka mengikuti apa yang ditonton. Sebagai contoh, jika watak kartun menyebut “It’s a tiger!”, kita boleh terus mengajak anak-anak menyebutnya bersama-sama. Jika menonton bersendirian, selalunya anak-anak akan sekadar menonton.

(d) Ajar perkataan demi perkataan, mulakan dengan yang paling mudah ketika melakukan sesuatu aktiviti. Amat elok bagi aktiviti-aktiviti yang berulang seperti ketika makan, sebelum tidur atau ketika mandi. Ini bermakna, perkataan-perkataan yang diajar itu akan diulang penggunaannya setiap hari. Sebagai contoh, “adik nak eat?” atau “jom brush teeth“.

(e) Utamakan lagu kanak-kanak atau nursery rhymes yang memerlukan mereka menggayakan sesuatu aksi, sebagai contoh “if you’re happy and you know it clap your hands” di mana mereka akan belajar bahawa ‘clap hands’ itu ialah ‘tepuk tangan’.

Amat mencabar. Pun begitu apa jua cabarannya, perkara pokok paling penting ialah – SABAR.

Syalina Ahmad

Leave a comment »

Stadium Merdeka

Pembinaan STADIUM MERDEKA diilhamkan oleh Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Di sinilah bermulanya sejarah kemerdekaan negara.

Laungan “MERDEKA” sebanyak 7 kali dilaksanakan oleh Tunku Abdul Rahman, disaksikan oleh puluhan ribu rakyat begitu juga Raja-raja serta perwakilan dari negara-negara Komanwel dan negara-negara luar yang lain.

Lokasi : Jalan Stadium, Kuala Lumpur.

15 Julai 1956 : Kerja-kerja tanah bermula.

25 September 1956 : Kerja-kerja pembinaan struktur dan bangunan bermula.

15 Februari 1957 : Perletakan batu asas disempurnakan oleh Tunku Abdul Rahman.

21 Ogos 1957 : Stadium Negara siap dibina.

30 Ogos 1957 : Stadium Negara dirasmikan oleh Tunku Abdul Rahman.

31 Ogos 1957 : Upacara pemasyuran kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu oleh Tunku Abdul Rahman (Stadium Merdeka digunakan buat pertama kalinya).

16 September 1963 : Upacara pemasyuran pembentukan Malaysia oleh Tunku Abdul Rahman.

Di antara acara bersejarah yang lain :

Pesta Bola Merdeka (1957 – 1995)

Pertandingan Bola Sepak Belia Asia yang pertama (1959)

Sukan SEAP/SEA (1965, 1971, 1977, 1989)

Perlawanan Tinju Muhammad Ali dan Joe Bugner (1975)

Perlawanan Hoki Piala Dunia (1975)

Majlis Musabaqah Al-Qur’an Peringkat Antarabangsa yang pertama (1961)

Menjadi tempat perlindungan semasa rusuhan kaum (1969)

stadiumbatuasas

 

 

 

 

 

 

Tunku Abdul Rahman meletakkan batu asas Stadium Merdeka
(Gambar disalin dari Perpustakaan Negara Malaysia)

Sumber :
Wikipedia (Stadium Merdeka)
Wikipedia (Musabaqah, Tilawah)
Jabatan Warisan Negara

Leave a comment »

Bunga Kebangsaan Malaysia

bungaraya

Bunga Raya (Hibiscus) telah diisytihar sebagai Bunga Kebangsaan pada 28 Julai 1960. Proses pemilihan bermula apabila pada penghujung tahun 1958, Menteri Pertanian Persekutuan Tanah Melayu pada waktu itu telah mencadangkan tujuh jenis bunga yang difikirkan sesuai iaitu :

(1) Bunga Cempaka
(2) Bunga Kenanga
(3) Bunga Mawar
(4) Bunga Melur
(5) Bunga Raya
(6) Bunga Tanjung
(7) Bunga Teratai

Melalui pemilihan umum, majoriti penduduk Pantai Timur telah memilih Bunga Mawar manakala penduduk Pantai Barat pula memilih Bunga Melur. Bagaimanapun, pihak Kerajaan Malaysia akhirnya bersetuju memilih Bunga Raya sebagai Bunga Kebangsaan dengan mengambil kira perkara-perkara berikut :

(a) Bunga Raya terkenal di kalangan masyarakat Malaysia.

(b) Warna merah yang ada pada Bunga Raya begitu hidup, terang dan melambangkan keberanian.

(c) Selain bentuk kelopak yang menarik, besar dan melentur, bilangan kelopak yang ada juga melambangkan 5 prinsip Rukun Negara.

(d) Pokoknya berbunga sepanjang masa (tidak bermusim) dan mudah ditanam.

Sejak pengisytiharannya sebagai Bunga Kebangsaan, Bunga Raya banyak digunakan sebagai simbol untuk logo, lencana, setem, sampul surat, batik, songket dan sebagainya. Salah satu contoh paling menarik ialah penciptaan logo Sukan Komanwel 1998 yang diinspirasikan dari Bunga Raya!

logokomanwel98

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber :
Arkib Negara Malaysia
Artikel “Bunga Warisan” (Berita Harian)
Ucapan Perasmian Festival Bunga Raya Oleh Tun Dr. Siti Hasmah (1987)
1998 Commonwealth Games (Wikipedia)

Comments (1) »