Mengenai Kami

Smileyriver For Kids (SFK) diasaskan pada pertengahan tahun 2007. SFK beroperasi secara rasminya di Kuantan, Pahang pada awal Januari 2008 apabila sesi persekolahan bagi tahun tersebut bermula. Didaftarkan atas nama Tadika Tunas Mutiara (CA0121580-H), SFK menyediakan bukan sahaja keperluan pendidikan malah juga persediaan kehidupan dan nilai kasih sayang. 

Di SFK, sesi-sesi yang berlangsung adalah berpandukan pendekatan yang diperkenalkan oleh Dr. Maria Montessori. Di sini, setiap kanak-kanak berpeluang memperkembangkan potensi individu seperti perkembangan bahasa, rohani, fizikal, kognitif dan emosi.

Mulai 1 Julai 2009, pengurusan Smileyriver For Kids Kuantan yang sebelum ini berada di bawah Tadika Tunas Mutiara akan diambil alih oleh Tadika Tunas Saintis (CA0150868-T). 

Insya-Allah, Smileyriver For Kids Penang akan mula beroperasi mulai awal tahun 2010. Nantikan maklumat seterusnya daripada kami!

 ***********************************

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Tadika Tunas Saintis (SFK Kuantan) serta pakej-pakej lain yang ditawarkan selain silibus SFK,
mohon layari :

http://www.tunassaintis.wordpress.com

atau

KLIK DI SINI

 

MAKLUMAT PENDAFTARAN BAGI TAHUN 2009

KEMASUKAN : 4, 5 & 6 tahun (4 tahun bersyarat). Kanak-kanak mesti mencecah umur 4, 5 atau 6 tahun sebelum/pada 31 Disember pada tahun kemasukan.

SESI : 8:00 pagi – 11:30 pagi.

PROGRAM : Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Iqra’, Bahasa Jawi, Matematik, Sains, Sesi Bercerita, Muzik, Pendidikan Jasmani, Senamrobik, Practical Life Exercises (Montessori), Pendidikan Seni & Kraf.

* Semua subjek utama diajar mengikut silibus kebangsaan (dengan pendekatan Montessori). Pendaftaran adalah terbuka kepada Muslim dan bukan Muslim.

YURAN : Sila klik di sini untuk maklumat lanjut.

ALAMAT : Smileyriver For Kids (Kuantan), 32 Jalan Sri Mahkota Aman 3, Taman Sri Mahkota Aman, 26070 Kuantan, Pahang.

NO. TELEFON : 012-2065872 (Puan Sharliza)

E-MEL : sy_amd2001@yahoo.com

LAMAN WEB : https://smileyriver.wordpress.com

 

SERTAI KAMI HARI INI!
Anak-anak bukan sahaja perlu bersedia untuk bersekolah,
malah untuk kehidupan!

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: