Archive for January, 2009

Minggu Poco Poco

Hari Khamis dan Jumaat lepas (22 & 23 Jan), SFK telah menganjurkan program Arts & Crafts khas yang dikendalikan oleh Nanna Dinima dari Kuala Lumpur. Pada hari Khamis mereka berjaya menyiapkan ‘muka’ dengan menggunakan kertas warna dan piring kertas manakala hari Jumaat pula mereka menghasilkan buku nota. Tidak cukup dengan itu, anak-anak di SFK juga diajar tarian/senaman poco poco. 

The kids (and the teachers) had so much fun hinggakan anak-anak yang payah nak senyum pun senyum sampai ke telinga! Thank you Nanna Dinima!

 

sfk-poco2

sfk-poco3

sfk-poco4

sfk-art1

Leave a comment »

Penyusunan Jadual Waktu

Pada masa ini kami sibuk menyusun jadual waktu yang bersesuaian. Sememangnya jadual akan berubah setiap tahun, malah setiap bulan atau hari jika perlu. Ini adalah kerana kami mengambil kira pelbagai aspek ketika menyusun jadual. Antaranya ialah faktor latar belakang majoriti pelajar, persediaan pelajar, disiplin pelajar dan sebagainya. Sekiranya ada tahun yang mana pelajarnya lebih bersedia dan berdisiplin belaka juga mampu mengikuti serta memahami arahan/nasihat guru maka itu adalah satu bonus bagi kami, malah bagi mana-mana tadika sekali pun.

Alhamdulillah anak-anak di SFK setakat ini berdisiplin. Jika tak berdisiplin pun mereka sedang berusaha untuk mendisiplinkan diri dengan bantuan guru-guru & rakan-rakan. Sekiranya tidak, mungkin masa dua minggu yang kami ambil untuk menyusun jadual boleh menjadi satu bulan! 🙂

Selain itu, tahun ini SFK juga menerima kehadiran pelajar berbangsa India manakala kelas 4 & 5 tahun digabungkan. Pun begitu walaupun digabungkan, ada masa-masa tertentu mereka dibahagikan kepada beberapa kumpulan (mengikut subjek atau aktiviti tertentu). Untuk itu, jadual perlu disusun dengan teliti berkali-kali ganda lagi!

Mengapa kami begitu teliti ketika menyusun jadual? Kerana ini adalah rutin wajib yang seharusnya dilakukan oleh setiap pusat pendidikan terutamanya pusat pendidikan awal kanak-kanak seperti kami. Sungguhpun tidak diwajibkan oleh jabatan berwajib, menyusun jadual dengan teliti dan mengubahnya dari semasa ke semasa adalah tanggungjawab setiap tadika. Ini adalah untuk kebaikan pelajar-pelajarnya juga.

Di SFK, jadual yang disusun akan dicuba terlebih dahulu sebelum dipraktikkan sepenuhnya bagi melihat keberkesanan dan kelancarannya begitu juga keserasian di kalangan pelajar dan guru, juga di kalangan para pelajar sendiri. Untuk itu kami amat memerlukan sokongan daripada ibu bapa agar dapat memahami keperluan dan kepentingan proses ini. Insya-Allah pembelajaran akan dimulakan sepenuhnya mulai minggu ketiga persekolahan.

Sekian, terima kasih & Wassalam.

Leave a comment »

Sesi Persekolahan 2009 Bermula!

5 Januari 2009 – Alhamdulillah, seramai 24 orang pelajar telah memulakan sesi persekolahan tahun 2009. Sehingga hari ini (9 Jan), bilangan tersebut bertambah menjadi 27 orang di mana majoritinya adalah berumur 5 tahun. Pendaftaran masih dibuka. Klik di sini untuk maklumat lanjut!

Leave a comment »

“Appreciation Day”

Alhamdulillah majlis sulung meraikan anak-anak SFK telah berjaya di adakan pada 13 Disember 2008 bertempat di Taman Pertanian, Jalan Kuantan-Kemaman. Asalnya majlis hampir sahaja diadakan di Astana Golf & Country Club tetapi atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, majlis bertukar tempat pada saat-saat akhir. Sungguhpun kehadiran tidak penuh, majlis tetap meriah dengan konsep “santai” di mana anak-anak, guru-guru dan ibu bapa dapat beramah mesra di sepanjang program berlangsung.

 

Sebahagian pelajar yang hadir

sfkblog1

Persembahan koir

sfkblog2

Slot selingan bersama ibu bapa

sfkblog3

Sebahagian pelajar bersama guru

sfkblog4

 

Leave a comment »