Seminar Perkongsian “ASUH FITRAH”

Tarikh
9 Mei 2009

Masa
9:00 pagi – 5:00 petang

 
Tempat

Pusat Latihan Tinta Ori
B32, Tingkat 2, Lorong IM 5/2
Indera Mahkota, Kuantan
 
(Di tingkat atas Bank Simpanan Nasional,
sebaris Restoran Zuzana dan Bank Rakyat)

Bayaran
RM35.00 seorang
RM60.00 (pasangan suami isteri)

* Termasuk minum pagi, petang, makan tengahari & CD

 

 Pengendali/Jurulatih
PUAN ROSNAH AHMAD

 

~ TEMPAT TERHAD ~

Hubungi 012-2065872 untuk maklumat lanjut!
 

Anak-anak dilahirkan dalam keadaan fitrah manakala ibu bapa diamanahkan untuk menjaga, mengasuh dan mendidik mereka supaya menjadi khalifah Allah. Bagi mencapai matlamat ini, setiap ibu bapa/bakal ibu bapa perlu menyiapkan diri dengan ilmu berkaitan pertumbuhan dan perkembangan awal kanak-kanak.

Ia sangat penting kerana proses pembangunan seorang insan merupakan satu proses yang panjang. Banyak kajian mendapati pendidikan awal memberikan kesan yang mendalam dalam diri seseorang. Oleh itu, perkongsian bijak haruslah wujud antara ibu bapa dan orang dewasa lain seperti taska, tadika, saudara mara dan lain-lain yang terlibat mengasuh dan mendidik anak-anak. Ini bagi memastikan anak-anak sentiasa mendapat kasih sayang dan pembangunan aspek-aspek perkembangan yang sesuai dengan fitrah, menyeluruh dan seimbang.

Perkongsian Asuh Fitrah mensasarkan penyertaan daripada ibu bapa dan orang dewasa lelaki dan wanita secara seimbang. Mereka akan diberi pendedahan asas berkaitan pengasuhan kanak-kanak di bawah umur 6 tahun. Diharapkan juga peserta yang hadir berkongsi informasi yang didapati dari seminar ini bersama rakan dan keluarga untuk manfaat masyarakat keseluruhannya.

********************

Objektif Perkongsian “Asuh Fitrah”

 Memberi maklumat:

(1)  Bagaimana menyantuni anak-anak secara fitrah.
(2)  Meningkatkan mutu jagaan, asuhan dan didikan kanak-kanak 6 tahun ke bawah.
(3)  Mengetahui tahap-tahap pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak.
(4)  Meningkatkan pengetahuan & kemahiran keibubapaan terutama dalam menangani masalah tingkah laku anak.
(5)  Mengetahui peranan mereka bagi merangsang, menggalakkan dan  menyokong kanak-kanak  mencapai perkembangan diri yang menyeluruh dan seimbang dari aspek-aspek rohani, fizikal, sosio-emosi, kognitif, bahasa dan kreativiti.

********************

Biodata Pengendali/Jurulatih

 Puan Rosnah Ahmad dilahirkan pada tahun 1966 di Mentakab, Pahang. Beliau mendapat pendidikan awal di Methodist Girls School, Raub, Pahang dan Sekolah Menengah Air Putih, Kuantan, Pahang. Kemudian, beliau melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah di Queensland Universiti of Technology, Brisbane, Australia dalam bidang kejuruteraan elektrik. Beliau pernah bekerja sebagai Jurutera Elektrik di sebuah syarikat swasta selama empat tahun.

Ibu kepada tiga orang anak ini telah mula menceburi bidang pendidikan awal kanak-kanak sejak tahun 1997 lagi dengan menubuhkan Taska An-Nur di Kuantan dan seterusnya Tadika dan Pusat Jagaan Nur Iman pada tahun 2003.

Di atas semangat dan minat yang mendalam di dalam pelbagai bidang terutamanya bidang pendidikan awal kanak-kanak, beliau juga :

(1)  Menubuhkan Tinta Ori Enterprise bagi mencetak dan memasarkan buku.
(2)  Menubuhkan Pusat Latihan Tinta Ori yang menjalankan latihan Pengurus Kediaman dengan kerjasama Jabatan Pembanguan Wanita dan Institute Karisma serta lain-lain latihan berkaitan kanak-kanak, remaja, wanita dan keluarga.
(3)  Merupakan aktivis dan pengamal dalam Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) di peringkat daerah Kuantan dan negeri Pahang (AJK Kebajikan & Pembangunan Keluarga JIM Pusat; Naib Pengerusi Prasekolah dan Aulad JIM Pusat).
(4)  Merupakan Naib Pengerusi  Persatuan Pengasuh Negeri Pahang (PPNP) merangkap Ketua Biro Pendidikan.
(5)  Jurulatih Berakreditasi Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak (JKMM) dan program pengurusan kediaman (JPWKM).
(6)  Berceramah dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak, keluarga dan motivasi di mana antara organisasi yang pernah mendapat manfaat dari ceramah belau ialah tadika, taska dan pusat jagaan di sekitar Malaysia, Dewan Masyarakat Kuantan (ceramah terbuka), Telekom Malaysia Kuantan, POLISAS, Kilang Mieco Chipboard, Elektriksola Company dan Universiti Malaysia Pahang.
(7)  Terlibat dalam penyediaan modul, kertas kerja dan menulis artikel, antaranya modul Asuh Fitrah serta menulis artikel-artikel untuk kolum Bicara Kalbu dan Jendela Hikmah di akhbar tempatan dan majalah terkemuka.
(8)  Menulis di blog sendiri iaitu http://rentis.blogspot.com.
(9)  Menghasilkan buku Sentuhan Mama Belaian Papa yang ditulis bersama penulis Roha Hassan, juga merupakan salah seorang penulis dalam buku Mengapa saya bekerja… terbitan PTS Publications dan Ibu Madrasah Pertama terbitan Tinta Ori Enterprise.

********************

Petikan dari salah satu artikel Puan Rosnah Ahmad“Lagu kanak-kanak Klasik Melayu Membentuk Sahsiah Anak” (Majalah i terbitan Karangkraf) :

Sejak lahir ibu akan mendodoi kami dengan zikir “lailahaillallah”. Sebagai anak sulung, bila sudah besar saya menolong mendodoi buaian adik dengan kalimah yang sama kerana meniru ibu.

Sejak bayi kami akan ditimang dengan alunan lagu:-
Timang tinggi-tinggi, sampai cucur atap…
Belum tumbuh gigi, dah pandai baca kitab…

Semasa menghadiri satu kursus pendidikan awal kanak-kanak beberapa tahun lepas saya diberitahu bahawa maksud “belum tumbuh gigi” bermaksud kanak-kanak akan pandai membaca Al-Quran sebelum anak mula tumbuh gigi kekal sekitar umur enam dan tujuh tahun.

Menimang anak juga adalah sangat bagus untuk perkembangan fizikal dan pembangunan otak kanak-kanak.

Bijak sungguh orang tua-tua kita mendoakan anak-anak melalui nyanyian disamping pergerakan yang menggalakkan perkembangan anak secara menyeluruh.

********************

Lagu kanak-kanak Melayu klasik mengandungi mesej beserta aksi atau pergerakan kreatif yang menyumbang kepada perkembangan menyeluruh dan pembentukkan sahsiah generasi kita sejak turun temurun.

Lagu-lagu ini juga banyak membawa mesej positif dalam diri anak iaitu mesej Islam, taat kepada Allah, nasihat, nilai moral yang tinggi, taat kepada ibu bapa, menyemai rasa kasih sayang dan mencintai keindahan alam. Doa dan harapan ibu bapa terhadap anak banyak diselitkan dalam lagu-lagu ini. Malangnya lagu-lagu ini seakan semakin dipinggirkan.

Lagu yang sesuai untuk kanak-kanak peringkat awal adalah lagu beraksi, permainan berlagu, lagu yang menggunakan perkataan yang mudah dan lagu yang selalu diulang. Lagu yang tidak bermakna juga boleh digunakan. Zikir-zikir dan lagu-lagu klasik Melayu menepati ciri-ciri ini. Ia juga membolehkan kanak-kanak mengenali dan menghargai budaya agama dan bangsa kita.

********************
Sebagai ibu bapa, kita juga mestilah memahami bahawa fitrah kanak-kanak gemarkan nyanyian dan pergerakan. Mereka banyak belajar melalui nyanyian dan permainan. Ada ibu bapa yang agak malu untuk menyanyi dan melakukan aksi lagu bersama anak-anak. Sikap ini mestilah dikikis dan diganti dengan sikap memupuk minat berkreatif melalui zikir, nasyid dan nyanyian.

Setiap aksi mestilah dimulakan oleh ibu bapa kerana anak suka meniru. Aktiviti begini merupakan salah satu aktiviti masa berkualiti yang harus dilakukan setiap hari bersama anak-anak supaya mereka rasa gembira, dihargai dan disayangi.

********************

~ TEMPAT TERHAD ~
Hubungi 012-2065872 untuk maklumat lanjut!

********************
SANTUNI ANAK-ANAK
SECARA FITRAH!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: