Penyusunan Jadual Waktu

Pada masa ini kami sibuk menyusun jadual waktu yang bersesuaian. Sememangnya jadual akan berubah setiap tahun, malah setiap bulan atau hari jika perlu. Ini adalah kerana kami mengambil kira pelbagai aspek ketika menyusun jadual. Antaranya ialah faktor latar belakang majoriti pelajar, persediaan pelajar, disiplin pelajar dan sebagainya. Sekiranya ada tahun yang mana pelajarnya lebih bersedia dan berdisiplin belaka juga mampu mengikuti serta memahami arahan/nasihat guru maka itu adalah satu bonus bagi kami, malah bagi mana-mana tadika sekali pun.

Alhamdulillah anak-anak di SFK setakat ini berdisiplin. Jika tak berdisiplin pun mereka sedang berusaha untuk mendisiplinkan diri dengan bantuan guru-guru & rakan-rakan. Sekiranya tidak, mungkin masa dua minggu yang kami ambil untuk menyusun jadual boleh menjadi satu bulan!🙂

Selain itu, tahun ini SFK juga menerima kehadiran pelajar berbangsa India manakala kelas 4 & 5 tahun digabungkan. Pun begitu walaupun digabungkan, ada masa-masa tertentu mereka dibahagikan kepada beberapa kumpulan (mengikut subjek atau aktiviti tertentu). Untuk itu, jadual perlu disusun dengan teliti berkali-kali ganda lagi!

Mengapa kami begitu teliti ketika menyusun jadual? Kerana ini adalah rutin wajib yang seharusnya dilakukan oleh setiap pusat pendidikan terutamanya pusat pendidikan awal kanak-kanak seperti kami. Sungguhpun tidak diwajibkan oleh jabatan berwajib, menyusun jadual dengan teliti dan mengubahnya dari semasa ke semasa adalah tanggungjawab setiap tadika. Ini adalah untuk kebaikan pelajar-pelajarnya juga.

Di SFK, jadual yang disusun akan dicuba terlebih dahulu sebelum dipraktikkan sepenuhnya bagi melihat keberkesanan dan kelancarannya begitu juga keserasian di kalangan pelajar dan guru, juga di kalangan para pelajar sendiri. Untuk itu kami amat memerlukan sokongan daripada ibu bapa agar dapat memahami keperluan dan kepentingan proses ini. Insya-Allah pembelajaran akan dimulakan sepenuhnya mulai minggu ketiga persekolahan.

Sekian, terima kasih & Wassalam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: