Archive for Health Tips

Menyediakan ‘Menu Sihat’

Apakah dia menu sihat?

Menyediakan semua jenis zat makanan yang diperlukan oleh seseorang bagi meningkat dan mengekalkan kesihatan mengikut keperluan pemakanan individu tersebut.

Bagaimana kita menyediakan menu sihat?

(a) Rancang menu kita.
(b) Memasak makanan yang sihat.
(c) Ubah suai resepi kita.

Bagaimana kita merancang menu?

(a) Pelbagaikan jenis bahan makanan yang mengandungi karbohidrat, protein dan lemak.
(b) Gunakan kombinasi masakan mengandungi protein haiwan (ikan, daging atau ayam-itik) dan protein tumbuhan (kekacang).
(c) Gunakan kombinasi bahan makanan yang pelbagai warna seperti lobak merah (oren), bayam (hijau) dan labu manis (kuning).

Bagaimana kita memasak dengan sihat?

(a) Gunakan daging tanpa lemak. Buang lemak yang melekat pada daging dan ayam.
(b) Gunakan kuali tidak melekat atau ketuhar gelombang mikro.
(c) Rebus, kukus atau bakar makanan, dan kurangkan menggoreng.
(d) Tambah sedikit sahaja garam dalam masakan. Kurangkan penggunaan bahan-bahan perencah yang bergaram seperti sos tomato, kicap dan sos tiram.
(e) Elakkan menggoreng semula sebarang makanan.
(f) Gunakan tisu tebal untuk menyerap lebihan minyak/lemak selepas digoreng.
(g) Buang lebihan minyak dalam masakan berkuah seperti sup dan kari.
(h) Lebihkan sayur-sayuran dalam masakan.

Bagaimana kita mengubah suai resepi?

(a) Minimumkan penggunaan minyak dalam masakan.
(b) Gantikan santan kelapa dengan susu rendah lemak atau santan cair.
(c) Gunakan bahan-bahan perencah semulajadi seperti bawang merah, daun saderi, kayu manis dan daun limau purut untuk menambahkan perisa makanan.
(d) Jangan tambahkan gula dalam jus buah-buahan.

********************

Disalin dari : Infosihat / Portal MyHEALTH

Leave a comment »

Influenza A (HIN1)

Berikut sedikit maklumat mengenai Influenza A (H1N1) yang patut kita pandang serius. Influenza A dikenali dengan nama
Selesema Babi
sebelum ini.

********************

SOALAN-SOALAN LAZIM

Apakah itu penyakit Influenza A (H1N1)?

Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan oleh sejenis virus baru. Virus ini terhasil dari mutasi gene virus influenza babi, burung dan manusia.

Negara mana yang dilanda penyakit ini?

Maklumat yang ada pada masa ini menunjukkan bahawa kes yang terawal dijangkiti virus ini dilaporkan dari Mexico dan Amerika Syarikat pada April 2009 dan telah terus menular ke negara-negara lain.

Untuk maklumat terkini tentang negara-negara yang dilanda penyakit ini, sila rujuk laman web http://www.moh.gov.my dan www.who.int.

Apakah tanda dan gejala penyakit ini?

Gejala awal jangkitan ini adalah mirip selesema, seperti demam, batuk, sakit kepala, sakit badan, sakit tekak, selesema dan kadangkala muntah-muntah atau cirit birit.

Bagaimana kita boleh dijangkiti?

Virus ini berjangkit apabila pesakit batuk atau bersin. Titisan cecair pernafasan yang keluar akan terkena tangan pesakit, permukaan-permukaan (surfaces) atau tersebar ke udara. Seterusnya, seseorang akan dijangkiti sama ada melalui pernafasan; melalui sentuhan dengan tangan pesakit atau menyentuh permukaan-permukaan yang tercemar dengan titisan cecair pesakit.

Pada masa ini, adakah jangkitan berlaku daripada babi kepada manusia?

Tidak

Apakah nasihat kepada orang yang dijangkiti virus ini?

(a) SEGERA dapatkan rawatan daripada doktor.

(b) Untuk mengelakkan jangkitan kepada orang lain, tutup mulut dengan tisu atau sapu tangan apabila batuk dan bersin. Kerap mencuci tangan dengan air dan sabun.

(c) Tinggal di rumah dan hadkan hubungan dengan orang lain. Elak menyentuh mata, hidung dan mulut.

(d) Elakkan daripada pergi ke tempat awam yang sesak.

(e) Jangan gunakan pengangkutan awam untuk menggelakkan jangkitan kepada orang lain.

Berapa lamakah orang yang dijangkiti boleh menyebarkan virus ini?

(a) Selagi mereka mempunyai gejala penyakit ini. Biasanya sehingga 7 hari dari tarikh mula mengalami gejala penyakit ini.

(b) Kanak-kanak boleh menyebarkan penyakit ini bagi tempoh yang lebih lama.

Bagaimana anda boleh menghindari jangkitan penyakit ini?

(a) Jauhi orang yang nampak tidak sihat dan menghidapi demam dan batuk.

(b) Kerap cuci tangan dengan air dan sabun.

(c) Elak menyentuh muka, khususnya hidung dan mulut untuk mengurangkan kemungkinan jangkitan.

(d) Jika anda berada di tempat yang dilanda penyakit ini, elakkan berada di tempat awam yang sesak.

(e) Ketahui situasi semasa penyakit ini dan langkah-langkah pencegahan yang perlu diambil.

(f) Amalkan cara hidup sihat. Dapatkan tidur yang cukup, makan secara sihat dan lakukan aktiviti fizikal.

********************

Info di atas disalin dari laman web Kementerian Kesihatan Malaysia di http://www.moh.gov.my

Leave a comment »

Talcum Powder Can Cause Cancer

Kajian dan hebahan mengenai bedak talkum boleh menyebabkan kanser sudah banyak tersebar. Pun begitu, ramai daripada kita tidak menyedarinya. Petikan dari salah satu artikel seperti di bawah mendedahkan bahawa banyak kes kanser ovari adalah disebabkan oleh penggunaan talkum.

Talkum juga membahayakan paru-paru jika kerap disedut. Sejak awal tahun 1980-an lagi beribu-ribu bayi meninggal dunia atau jatuh sakit setiap tahun disebabkan menghidu talkum.

Bayangkan bagaimana masyarakat kita gemar menggunakan baby powder pada anak-anak terutamanya pada bahagian punggung dan alat sulit setiap kali menukar lampin!

Untuk itu :

SAY NO TO TALC!
SAY NO TO BABY POWDER!!

(Artikel di bawah disalin dari laman web Cancer Prevention Coalition. Terdapat banyak lagi artikel yang boleh membantu. Cuma taipkan keywords di Google Search atau Yahoo! Contoh keywords ialah ‘talc dangerous’,  ’talc cancer’ dll)

*************************

Talc is toxic. Talc particles cause tumors in human ovaries and lungs. Numerous studies have shown a strong link between frequent use of talc in the female genital area and ovarian cancer. Talc particles are able to move through the reproductive system and become imbedded in the lining of the ovary. Researchers have found talc particles in ovarian tumors and have found that women with ovarian cancer have used talcum powder in their genital area more frequently than healthy women.2

Talc poses a health risk when exposed to the lungs. Talc miners have shown higher rates of lung cancer and other respiratory illnesses from exposure to industrial grade talc, which contains dangerous silica and asbestos. The common household hazard posed by talc is inhalation of baby powder by infants. Since the early 1980s, records show that several thousand infants each year have died or become seriously ill following accidental inhalation of baby powder.3

References : 

2 Harlow BL, Cramer DW, Bell DA, Welch WR. “Perineal exposure to talc and ovarian cancer risk.” Obstetrics & Gynecology, 80: 19-26, 1992.

3 Hollinger MA. “Pulmonary toxicity of inhaled and intravenous talc.” Toxicology Letters, 52:121-127, 1990.

*************************

Leave a comment »

Melamine

(a) APAKAH MELAMINE?

Melamine adalah bahan organik yang antara kegunaannya ialah dalam pembuatan plastik, bahan pembersih, gam, baja dan lain-lain. Melamine adalah bahan yang tidak dibenarkan di dalam semua makanan.

(b) MENGAPA MELAMINE DIKESAN DI DALAM SUSU DAN HASILAN SUSU?

Ia ditambah secara sengaja untuk meningkatkan tahap nitrogen bagi mematuhi standard kandungan protein dalam susu. Penambahan Melamine dalam makanan adalah menyalahi undang-undang di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

(c) APAKAH KESAN MELAMINE KEPADA MANUSIA?

Kesan Melamine secara langsung mengakibatkan iritasi apabila terhidu dan bersentuhan dengan kulit atau mata. Pengambilan Melamine melalui makanan boleh mengakibatkan :

- Kerosakan pada sistem pembiakan.
- Pembentukkan batu karang dalam ginjal dan pundi kencing. Ini boleh mengakibatkan kegagalan ginjal terutamanya kepada bayi.

(d) APAKAH PERANAN PENGGUNA DALAM HAL INI?

Pengguna diminta mendapatkan maklumat terkini dari Kementerian Kesihatan Malaysia (laman web, telefon atau kenyataan akhbar). Pengguna dinasihatkan membaca label makanan sebelum membeli. Sekiranya pengguna masih ragu-ragu, sila hubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia di talian 03- 88833655 atau 03-88833503 untuk membuat aduan dan mendapatkan maklumat lanjut.

* Maklumat di atas disalin dari laman web rasmi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Kementerian Kesihatan Malaysia di http://fsq.moh.gov.my/uploads/QAmelamine2309.pdf.

 
Untuk mendapatkan senarai produk yang tidak dicemari Melamine, sila layari :

http://fsq.moh.gov.my/uploads/senaraiproduk04102008.pdf

dan;

http://fsq.moh.gov.my/uploads/senaraiprodukmematuhistandardmelamine06102008.pdf

Leave a comment »

Penyakit Tangan, Kaki & Mulut

HEAD, FOOT, MOUTH DISEASE (HFMD)

 

Pengenalan

 

Penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) ialah sejenis jangkitan virus yang disebabkan oleh beberapa kumpulan virus termasuklah enterovirus.

 

Deskripsi 

 

Jangkitan ini menyebabkan timbulnya ruam berserta lepuh di tekak, tonsil, tangan (tapak tangan), kaki (pada tapak kaki) dan di sekitar kawasan lampin. Biasanya penyakit ini hanya sekadar sakit ringan dan ruam yang timbul itu akan hilang dalam tempuh 5 – 7 hari.

 

Cara HFMD merebak

 

HFMD boleh merebak melalui sentuhan atau kontak secara langsung dengan lelehan yang keluar dari hidung dan tekak atau najis mereka yang telah dijangkiti kuman ini. HFMD ini amat mudah berjangkit pada minggu pertama pesakit menghidapinya. HFMD tidak boleh merebak kepada atau daripada binatang peliharaan ataupun binatang-binatang lain.

 

Tempoh pengeraman dan peringkat bagi HFMD

 

Selepas seseorang itu dijangkiti kuman virus ini, tempoh pengeramannya adalah di antara 2 – 6 hari. Gejala seperti demam dan ketidakselesaan pada mulut biasanya akan hilang pada hari ke-3 atau ke-4. Ulser mulut akan hilang pada hari ke 5 – 7 tetapi lepuh dan bintik-bintik merah di tangan, kaki akan hanya hilang dalam tempuh 10 hari. Demam berkemungkinan mencapai panas sehingga 39 C.

 

Faktor-Faktor Risiko

 

Kanak-kanak yang berumur di bawah 5 tahun amat mudah dijangkiti, biasanya kanak-kanak berumur 2 minggu – 3 tahun. Pun begitu HFMD boleh menjangkiti sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat umur.

 

Tanda-Tanda & Gejala

 

Antara gejala jangkitan ialah demam, sakit tekak, ulser pada tekak dan mulut, sakit kepala, ruam bersama lepuh terdapat di tangan, kaki dan di kawasan lampin, hilang selera makan.

 

Komplikasi

 

(a) Kemungkinan berlakunya sawan berikutan deman panas.

 

(b) Kemungkinan berlakunya jangkitan pada sistem saraf.

 

(c) Kemungkinan terdapatnya keradangan pada otot jantung.

 

Komplikasinya sangat merbahaya dan boleh membawa maut!

 

Pemantauan

 

Sila hubungi doktor jika :

 

(a) Anak tidak membuang air kecil lebih dari 8 jam.

 

(b) Anak kelihatan begitu tidak sihat (kusut, mengantuk, pucat, resah, meragam, berpeluh dingin & tidak dapat tidur).

 

(c) Demam yang berpanjangan sehingga lebih daripada 3 hari.

 

(d) Kesakitan pada mulut semakin teruk.

 

(e) Anak anda mengalami lemah otot kaki dan tangan atau diserang sawan.

 

Jika terdapat simptom seperti di atas, dapatkan rawatan doktor segera. Sebarang kelewatan mungkin boleh menyebabkan kematian.

 

Pencegahan

 

Elak dari menggunakan ubat-ubatan tradisional dan merawat sendiri HFMD jika telah disyaki. Pengawalan penyakit daripada merebak mestilah diberikan keutamaan. Sila ikuti langkah-langkah berikut :-

 

(a) Berhati-hati dan tumpukan perhatian kepada nasihat yang diberikan.

 

(b) Kanak-kanak yang mempunyai tanda-tanda dan gejala HFMD mestilah dibawa berjumpa doktor secepat mungkin.

 

(c) Jangan bawa anak ke tempat awam seperti pasaraya, pusat membeli-belah, kolam renang awam, sekolah-sekolah, pusat penjagaan kanak-kanak dan lain-lain (terutama jika dijangkiti).

 

(d) Berhati-hati dari segi kebersihan semasa menyediakan makanan dan selepas keluar dari tandas. Basuh tangan sebelum dan selepas menyediakan makanan dan sebelum dan selepas ke tandas.

 

(e) Basuh tangan selalu terutamanya selepas menyalin lampin.

 

(f) Permukaan yang telah tercemar hendaklah dibasmi kuman dengan menggunakan pencuci.

 

(g) Basuh pakaian yang terkena kotoran secepat mungkin.

 

(h) Jangan berkongsi barang kegunaan seperti tuala mandi, berus gigi, pakaian dan sebagainya.

 

(i) Elakkan mengikuti aktiviti luar rumah sehingga pihak berkuasa telah mengesahkan selamat untuk menjalani kegiatan harian.

 

(j) Elakkan daripada mendekati pesakit HFMD.

 

(k) Kanak-kanak yang dijangkiti HFMD tidak dibenarkan mengikuti program di pusat penjagaan kanak-kanak, sekolah atau aktiviti berkumpulan yang lain.

 

Langkah pencegahan lain yang boleh diambil :

 

(a) Berikan rawatan di rumah untuk kes yang tidak disyaki HFMD tetapi jika terdapat tanda-tanda komplikasi seperti sakit pada leher atau pada tangan dan kaki, segera dapatkan rawatan doktor.

 

(b) Jika demam anak anda masih tidak berubah selepas diberi ubat, segera berjumpa doktor semula.

 

(c) Jika terdapat tanda-tanda dehidrasi (kulit dan membran mucus kering, turun berat badan, meragam, keletihan, kurang air kencing atau air kencing berwarna gelap), segera berjumpa doktor.

 

 

SFK amat mengambil berat akan kesihatan anak-anak di SFK, begitu juga ahli-ahli keluarga mereka. Untuk itu, kami di SFK berharap pihak ibu bapa dan penjaga dapat memandang serius mengenai perkara ini, lebih-lebih lagi setelah terdapat beberapa kes HFMD dikenalpasti di Semenangjung Malaysia sejak kebelakangan ini.

 

Maklumat di atas telah dipetik dari laman web Info Sihat, Kementerian Kesihatan. Untuk maklumat lanjut, sila layari :

 

 

http://www.infosihat.gov.my/penyakit.html

(Klik pada huruf – P)

 

 

* Maklumat yang sama juga telah diedarkan kepada ibu bapa & penjaga.

 

 

Comments (1) »

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.