
Bunga Raya (Hibiscus) telah diisytihar sebagai Bunga Kebangsaan pada 28 Julai 1960. Proses pemilihan bermula apabila pada penghujung tahun 1958, Menteri Pertanian Persekutuan Tanah Melayu pada waktu itu telah mencadangkan tujuh jenis bunga yang difikirkan sesuai iaitu :
(1) Bunga Cempaka
(2) Bunga Kenanga
(3) Bunga Mawar
(4) Bunga Melur
(5) Bunga Raya
(6) Bunga Tanjung
(7) Bunga Teratai
Melalui pemilihan umum, majoriti penduduk Pantai Timur telah memilih Bunga Mawar manakala penduduk Pantai Barat pula memilih Bunga Melur. Bagaimanapun, pihak Kerajaan Malaysia akhirnya bersetuju memilih Bunga Raya sebagai Bunga Kebangsaan dengan mengambil kira perkara-perkara berikut :
(a) Bunga Raya terkenal di kalangan masyarakat Malaysia.
(b) Warna merah yang ada pada Bunga Raya begitu hidup, terang dan melambangkan keberanian.
(c) Selain bentuk kelopak yang menarik, besar dan melentur, bilangan kelopak yang ada juga melambangkan 5 prinsip Rukun Negara.
(d) Pokoknya berbunga sepanjang masa (tidak bermusim) dan mudah ditanam.
Sejak pengisytiharannya sebagai Bunga Kebangsaan, Bunga Raya banyak digunakan sebagai simbol untuk logo, lencana, setem, sampul surat, batik, songket dan sebagainya. Salah satu contoh paling menarik ialah penciptaan logo Sukan Komanwel 1998 yang diinspirasikan dari Bunga Raya!

Sumber :
Arkib Negara Malaysia
Artikel “Bunga Warisan” (Berita Harian)
Ucapan Perasmian Festival Bunga Raya Oleh Tun Dr. Siti Hasmah (1987)
1998 Commonwealth Games (Wikipedia)
razana said,
April 4, 2010 @ 2:17 pm
selain warna merah bunga raya,warna apa lagi yang terdapat di malaysia?