Archive for August, 2009

Stadium Merdeka

Pembinaan STADIUM MERDEKA diilhamkan oleh Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Di sinilah bermulanya sejarah kemerdekaan negara.

Laungan “MERDEKA” sebanyak 7 kali dilaksanakan oleh Tunku Abdul Rahman, disaksikan oleh puluhan ribu rakyat begitu juga Raja-raja serta perwakilan dari negara-negara Komanwel dan negara-negara luar yang lain.

Lokasi : Jalan Stadium, Kuala Lumpur.

15 Julai 1956 : Kerja-kerja tanah bermula.

25 September 1956 : Kerja-kerja pembinaan struktur dan bangunan bermula.

15 Februari 1957 : Perletakan batu asas disempurnakan oleh Tunku Abdul Rahman.

21 Ogos 1957 : Stadium Negara siap dibina.

30 Ogos 1957 : Stadium Negara dirasmikan oleh Tunku Abdul Rahman.

31 Ogos 1957 : Upacara pemasyuran kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu oleh Tunku Abdul Rahman (Stadium Merdeka digunakan buat pertama kalinya).

16 September 1963 : Upacara pemasyuran pembentukan Malaysia oleh Tunku Abdul Rahman.

Di antara acara bersejarah yang lain :

Pesta Bola Merdeka (1957 – 1995)

Pertandingan Bola Sepak Belia Asia yang pertama (1959)

Sukan SEAP/SEA (1965, 1971, 1977, 1989)

Perlawanan Tinju Muhammad Ali dan Joe Bugner (1975)

Perlawanan Hoki Piala Dunia (1975)

Majlis Musabaqah Al-Qur’an Peringkat Antarabangsa yang pertama (1961)

Menjadi tempat perlindungan semasa rusuhan kaum (1969)

stadiumbatuasas

 

 

 

 

 

 

Tunku Abdul Rahman meletakkan batu asas Stadium Merdeka
(Gambar disalin dari Perpustakaan Negara Malaysia)

Sumber :
Wikipedia (Stadium Merdeka)
Wikipedia (Musabaqah, Tilawah)
Jabatan Warisan Negara

Leave a comment »

Bunga Kebangsaan Malaysia

bungaraya

Bunga Raya (Hibiscus) telah diisytihar sebagai Bunga Kebangsaan pada 28 Julai 1960. Proses pemilihan bermula apabila pada penghujung tahun 1958, Menteri Pertanian Persekutuan Tanah Melayu pada waktu itu telah mencadangkan tujuh jenis bunga yang difikirkan sesuai iaitu :

(1) Bunga Cempaka
(2) Bunga Kenanga
(3) Bunga Mawar
(4) Bunga Melur
(5) Bunga Raya
(6) Bunga Tanjung
(7) Bunga Teratai

Melalui pemilihan umum, majoriti penduduk Pantai Timur telah memilih Bunga Mawar manakala penduduk Pantai Barat pula memilih Bunga Melur. Bagaimanapun, pihak Kerajaan Malaysia akhirnya bersetuju memilih Bunga Raya sebagai Bunga Kebangsaan dengan mengambil kira perkara-perkara berikut :

(a) Bunga Raya terkenal di kalangan masyarakat Malaysia.

(b) Warna merah yang ada pada Bunga Raya begitu hidup, terang dan melambangkan keberanian.

(c) Selain bentuk kelopak yang menarik, besar dan melentur, bilangan kelopak yang ada juga melambangkan 5 prinsip Rukun Negara.

(d) Pokoknya berbunga sepanjang masa (tidak bermusim) dan mudah ditanam.

Sejak pengisytiharannya sebagai Bunga Kebangsaan, Bunga Raya banyak digunakan sebagai simbol untuk logo, lencana, setem, sampul surat, batik, songket dan sebagainya. Salah satu contoh paling menarik ialah penciptaan logo Sukan Komanwel 1998 yang diinspirasikan dari Bunga Raya!

logokomanwel98

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber :
Arkib Negara Malaysia
Artikel “Bunga Warisan” (Berita Harian)
Ucapan Perasmian Festival Bunga Raya Oleh Tun Dr. Siti Hasmah (1987)
1998 Commonwealth Games (Wikipedia)

Comments (1) »

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.