19 Jun - Colby Curtin, gadis berusia 10 tahun dari California bercita-cita menonton filem animasi terbaru “Up” terbitan Disney-Pixar. Namun, penyakit kanser yang dihidapinya sejak tahun 2005 menghalang Colby untuk pergi menonton filem ini di panggung.
Sejak menonton preview filem ini pada bulan April (2009), Colby mula menyimpan cita-cita tersebut – “I have to see that movie. It is so cool,” katanya.
Melalui beberapa orang kawan kepada keluarga Colby, pihak Disney dan Pixar telah dimaklumkan mengenai perkara ini. Amat bertuah bagi Colby, hasrat dan cita-citanya tercapai apabila pihak Pixar menghantar wakil mereka ke rumah Colby dengan membawa DVD “Up” berserta hadiah-hadiah lain yang berkaitan.
Oleh kerana Colby tidak berdaya membuka mata untuk menonton, ibu Colby yang turut berada bersama-samanya bercerita dan menggambarkan setiap babak dari filem itu. Selepas tayangan, DVD itu di bawa pulang ke studio memandangkan ia belum dilancarkan.
Colby Curtin meninggal dunia kurang dari lapan jam selepas menonton filem berkenaan.
****************************
Bahan berita yang saya tulis mengenai Colby Curtin di atas diambil dan dialih bahasa dari beberapa buah laman web, di antaranya :
http://news.yahoo.com/s/ap/20090619/ap_on_re_us/us_dying_wish
http://popwatch.ew.com/popwatch/2009/06/up-pixar-colby-curtins-dying-wish.html