Penyakit Tangan, Kaki & Mulut

HEAD, FOOT, MOUTH DISEASE (HFMD)

 

Pengenalan

 

Penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) ialah sejenis jangkitan virus yang disebabkan oleh beberapa kumpulan virus termasuklah enterovirus.

 

Deskripsi 

 

Jangkitan ini menyebabkan timbulnya ruam berserta lepuh di tekak, tonsil, tangan (tapak tangan), kaki (pada tapak kaki) dan di sekitar kawasan lampin. Biasanya penyakit ini hanya sekadar sakit ringan dan ruam yang timbul itu akan hilang dalam tempuh 5 – 7 hari.

 

Cara HFMD merebak

 

HFMD boleh merebak melalui sentuhan atau kontak secara langsung dengan lelehan yang keluar dari hidung dan tekak atau najis mereka yang telah dijangkiti kuman ini. HFMD ini amat mudah berjangkit pada minggu pertama pesakit menghidapinya. HFMD tidak boleh merebak kepada atau daripada binatang peliharaan ataupun binatang-binatang lain.

 

Tempoh pengeraman dan peringkat bagi HFMD

 

Selepas seseorang itu dijangkiti kuman virus ini, tempoh pengeramannya adalah di antara 2 – 6 hari. Gejala seperti demam dan ketidakselesaan pada mulut biasanya akan hilang pada hari ke-3 atau ke-4. Ulser mulut akan hilang pada hari ke 5 – 7 tetapi lepuh dan bintik-bintik merah di tangan, kaki akan hanya hilang dalam tempuh 10 hari. Demam berkemungkinan mencapai panas sehingga 39 C.

 

Faktor-Faktor Risiko

 

Kanak-kanak yang berumur di bawah 5 tahun amat mudah dijangkiti, biasanya kanak-kanak berumur 2 minggu – 3 tahun. Pun begitu HFMD boleh menjangkiti sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat umur.

 

Tanda-Tanda & Gejala

 

Antara gejala jangkitan ialah demam, sakit tekak, ulser pada tekak dan mulut, sakit kepala, ruam bersama lepuh terdapat di tangan, kaki dan di kawasan lampin, hilang selera makan.

 

Komplikasi

 

(a) Kemungkinan berlakunya sawan berikutan deman panas.

 

(b) Kemungkinan berlakunya jangkitan pada sistem saraf.

 

(c) Kemungkinan terdapatnya keradangan pada otot jantung.

 

Komplikasinya sangat merbahaya dan boleh membawa maut!

 

Pemantauan

 

Sila hubungi doktor jika :

 

(a) Anak tidak membuang air kecil lebih dari 8 jam.

 

(b) Anak kelihatan begitu tidak sihat (kusut, mengantuk, pucat, resah, meragam, berpeluh dingin & tidak dapat tidur).

 

(c) Demam yang berpanjangan sehingga lebih daripada 3 hari.

 

(d) Kesakitan pada mulut semakin teruk.

 

(e) Anak anda mengalami lemah otot kaki dan tangan atau diserang sawan.

 

Jika terdapat simptom seperti di atas, dapatkan rawatan doktor segera. Sebarang kelewatan mungkin boleh menyebabkan kematian.

 

Pencegahan

 

Elak dari menggunakan ubat-ubatan tradisional dan merawat sendiri HFMD jika telah disyaki. Pengawalan penyakit daripada merebak mestilah diberikan keutamaan. Sila ikuti langkah-langkah berikut :-

 

(a) Berhati-hati dan tumpukan perhatian kepada nasihat yang diberikan.

 

(b) Kanak-kanak yang mempunyai tanda-tanda dan gejala HFMD mestilah dibawa berjumpa doktor secepat mungkin.

 

(c) Jangan bawa anak ke tempat awam seperti pasaraya, pusat membeli-belah, kolam renang awam, sekolah-sekolah, pusat penjagaan kanak-kanak dan lain-lain (terutama jika dijangkiti).

 

(d) Berhati-hati dari segi kebersihan semasa menyediakan makanan dan selepas keluar dari tandas. Basuh tangan sebelum dan selepas menyediakan makanan dan sebelum dan selepas ke tandas.

 

(e) Basuh tangan selalu terutamanya selepas menyalin lampin.

 

(f) Permukaan yang telah tercemar hendaklah dibasmi kuman dengan menggunakan pencuci.

 

(g) Basuh pakaian yang terkena kotoran secepat mungkin.

 

(h) Jangan berkongsi barang kegunaan seperti tuala mandi, berus gigi, pakaian dan sebagainya.

 

(i) Elakkan mengikuti aktiviti luar rumah sehingga pihak berkuasa telah mengesahkan selamat untuk menjalani kegiatan harian.

 

(j) Elakkan daripada mendekati pesakit HFMD.

 

(k) Kanak-kanak yang dijangkiti HFMD tidak dibenarkan mengikuti program di pusat penjagaan kanak-kanak, sekolah atau aktiviti berkumpulan yang lain.

 

Langkah pencegahan lain yang boleh diambil :

 

(a) Berikan rawatan di rumah untuk kes yang tidak disyaki HFMD tetapi jika terdapat tanda-tanda komplikasi seperti sakit pada leher atau pada tangan dan kaki, segera dapatkan rawatan doktor.

 

(b) Jika demam anak anda masih tidak berubah selepas diberi ubat, segera berjumpa doktor semula.

 

(c) Jika terdapat tanda-tanda dehidrasi (kulit dan membran mucus kering, turun berat badan, meragam, keletihan, kurang air kencing atau air kencing berwarna gelap), segera berjumpa doktor.

 

 

SFK amat mengambil berat akan kesihatan anak-anak di SFK, begitu juga ahli-ahli keluarga mereka. Untuk itu, kami di SFK berharap pihak ibu bapa dan penjaga dapat memandang serius mengenai perkara ini, lebih-lebih lagi setelah terdapat beberapa kes HFMD dikenalpasti di Semenangjung Malaysia sejak kebelakangan ini.

 

Maklumat di atas telah dipetik dari laman web Info Sihat, Kementerian Kesihatan. Untuk maklumat lanjut, sila layari :

 

 

http://www.infosihat.gov.my/penyakit.html

(Klik pada huruf – P)

 

 

* Maklumat yang sama juga telah diedarkan kepada ibu bapa & penjaga.

 

 

About these ads

1 Response so far »

  1. 1

    min said,

    minggu lepas anak saya (7bulan) demam, selesema n batuk..
    dah bawak jumpa doktor..n dah bagi ubat batuk, demam, selesema n antibiotik..pastu ada bintik2 merah kat celah paha, bird n burung dia..
    alhmdllh, demam dah ok..selesema pun dah kurang cuma tinggal batuk je..
    hari ni ada merah kat mulut dia,,macam ulser..

    takut juga kene penyakit mulut kaki tangan tu..
    tp takde bintik2 merah la kat tangan n kaki dia..
    adakah anak saya ada simptom2 penyakit tu?


Comment RSS · TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: